Monday, November 3, 2008

how to breakup?? (ayokk)

Aku tidak bertanggungjawab jika teknik yang dicadangkan ini tidak berjaya menghasilkan keputusan yang diharapkan. Pastikan pasangan anda tidak membawa objek-objek yang merbahaya atau sedang meminum air panas yang mungkin mencederakan diri anda atau dirinya ketika mesej perpisahan itu disampaikan. Selamat berjaya!!

Takde masa yang sesuai untuk pasangan berpisah. Yang baru declare seminggu atau yang sudah berpuluh tahun bersama, serupa saja sukarnya. Ramai yang stay in a relationship walaupun sudah tidak bertenaga dan bermaya hanya kerana tidak mahu memulakan bicara tentang perpisahan. Tiada siapa yang ingin berpisah tetapi jika sudah tiada keserasian, lagi ditunggu lama lagi tidak wajar. Bak kata James Morrison, “no point trying when the pieces don’t fit anymore”, then y perlu mencuba lagi. Bukan bercinta sahaja memerlukan kemahiran, berpisah juga perlu tahu tekniknya agar tidak mengalami an ugly breakup.

Jangan berlengah nk berpisah biler hati dh tak suka, tak sayang, apa pun pasangan lakukan tidak berkenan di matakorunk. Samada korunk sentiasa sakit hati atau korunk akan abaikan sahaja dia kerana semuanya sudah jadi tidak penting bagi korunk. Apabila perhubungan tawar dan hambar, siapa yang happy? korunk pown tak kn, dia pun sedey kn. Perhubungan perlu ditamatkan jika kebahagiaan sudah tidak ada di salah satu pihak. Masa yang diambil untuk memperbetulkan perhubungan adalah tidak berbaloi dan lebih baik digunakan sahaja masa ini untuk mencari pasangan baru yang lebih serasi. Jadi teknik pertama, jika sudah tidak serasi, jangan lengahkan perpisahan.

Untuk berpisah harus berani bersemuka dengan pasangan. pengecut je yang berpisah gune sms, email, telefon atau menghilangkan diri. Jumpa dia dan bgtau ape yg korunk rase, berbincang dengan aman dan tunjuk yg korunk menghormati dirinya dan perpisahan ini perlu kerana sudah tiada keserasian dalam perhubungan lagi. Berhati-hati dengan reaksi yang mungkin anda terima daripada pasangan anda. Si dia mungkin marah, mungkin menangis, mungkin terkedu, mungkin meraung, korunk tak tau. ape pown reaksi dia, anda perlu kuat untuk mempertahankan niat anda untuk berpisah dan jangan kerana beberapa butir airmata yang berlinang, hati jadi lembut dan anda menarik balik niat untuk berpisah walaupun di dalam hati korunk hanya ada kasihan.

Elakkan memberi isyarat klu dh ade jodoh, kita akan bersama juga akhirnya. Mean, jangan memberi harapan ada kemungkinan untuk bersama kembali di masa akan datang. Dont! klu nak breakup, break dgn sempurna. Jangan biarkan pasangan anda cling on to something yang korunk sendiri tau tak ade. Cantas habis, jangan tinggalkan apa-apa. Mungkin kedengaran kejam tetapi itu yang terbaik untuk anda dan dirinya.

Pastikan korunk jgn bgtau segala kekurangan yang dia paparkan di sepanjang perhubungan. Simpan sahaja sudey. Lebih baik korunk fokus kepada diri sendiri dan kenapa anda tidak lagi sesuai untuk berada di dalam perhubungan tersebut. Mengutuk diri dia hanya akan memburukkan keadaan dan jangan bodoh sangat nk bgtau yg korunk dh ade teman baru. Ini hanya akan menyebabkan anda mendapat kecederaan, paling kurang kena pukul dengan beg tangan.HAHA :p

Last sekali, dengarlah n layan jela rayuannya untuk kali yang terakhir. Biarkan dia meluahkan apa perasaan yang dia rasa, kemarahannya, kesedihan, kekecewaannya. Itu hak dia untuk meluahkan rasa hatinya. Cuma, anda jangan lembut hati kerana kasihan dan menerima dia kembali walaupun hati anda sudah tiada niat untuk bersamanya lagi.

Sekian.


3 comments:

GurL-FriDay said...

lol. kasi tips nak break up? ni mesti pandai camne nak break up ni!!

zUL hAFiz said...

haha..
xdela..
i x pena mntk break lg la..
i je yg kena :(

Farihin Hadi said...

quite interesting...
bile la "bf" aku nk clash ngn makwe die..haha